Wednesday 17 June 2020

Kursus Bahasa Jepun Awal


Sekitar tahun 2000 aku sebenarnya mendapat pendedahan mengenai bahasa Jepun dari Time Highway Radio (THR). Ada satu slot khas kalau tidak silap dikenali sebagai Subarashi Bangumi yang aku rasa menerima tajaan dari Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur. Ibu aku memang berminatlah dengan Jepun ini kerana propaganda Dasar Pandang ke Timur oleh Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia yang keempat. Beliau menggalakkan rakyat Malaysia mencontohi bangsa Jepun. Baca lanjut di sini.

Jadi, aku membeli buku belajar bahasa Jepun asas. Buku-buku frasa bahasa Jepun ini sudah aku ringkaskan seperti berikut. Ia boleh menjadi rujukan aku kalau aku berasa hendak menyambung kembali pengajian mengenai Jepun atau jika ada keperluan.
Berikut adalah senarai rujukan yang aku sempat salinkan untuk kemudahan. Aku perasan bahawa sekarang ini masa semakin singkat seolah-olah kita tak ada masa. Rasa semacam keberkatan masa kini sudah ditarik balik oleh Tuhan.

Rujukan
  • Happy Buffalo, Sistem Tulisan Bahasa Jepun, 27 Februari 2017 (blogspot)
  • Laman Belajar Bahasa Jepun atas Talian, Happy Buffalo (blogspot)
  • Happy Buffalo, Himpunan Perbendaharaan Kata Bahasa Jepun, 4 Februari 2018 (blogspot)
  • Polaris Star, Subarashii, Hope Faith and Pray, 18 Dec 2010 (blogspot)
Sumber Foto:
  • Sakont Sangkamee via Gary Taxali, Safety Cone, Japanese Pop Art, Japanese Graphic Design, Matchbox Art (Pinterest

Monday 14 January 2019

Podcast: Babi Merah Filem Ghibli Kegemaran Saya

Berikut adalah podcast yang boleh digunakan untuk pemahaman bahasa Jepun.

 

Podcast ini boleh juga diakses dari arkib Youtube seperti berikut:
 Selamat mendengar dan melatih pemahaman, terima kasih.

Saturday 14 April 2018

Bandar Tama, Tokyo



Tama-shi 多摩市 adalah sebuah pekan yang terletak di sebelah barat kota metropolitan Tokyo. Menjelang 1 Februari 2016, penduduk di situ dianggarkan seramai 147,953 dan kepadatan penduduk bagi setiap satu kilometer persegi adalah seramai 7,040. Keluasan kawasannya adalah 21.01 kilometer persegi (8.11 sq mi).

Sumber video: Tokyo Promotion Project

Saturday 7 April 2018

Tradisi Masakan Irori



Irori 囲炉裏, 居炉裏 ini bermaksud pendiang di tengah rumah. Ia digunakan untuk memanaskan rumah dan juga untuk memasak makanan. Biasanya ia adalah satu ruangan segi empat yang dikelilingi oleh batu dan mempunyai satu lubang di lantainya. Di atasnya mempunyai cangkuk periuk yang digelar sebagai 自在鉤 Jizaikagi. Cangkuk besi ini disangkut pada buluh yang boleh dilaraskan untuk menaikkan atau menurunkan periuk atau cerek. Rujuk pada gambar di atas. Rujukan boleh didapati dalam Fahr-Becker, Gabriele (2001) (2000). Ryokan - A Japanese Tradition yang diterbitkan oleh Cologne: Konemann Velagsgesellschaft mbH. 

Restoran yang menggunakan cara masakan begini biasanya menjemput pelanggan mereka masuk dan bukannya pelanggan memilih untuk datang sesuka hati. Rasanya harga makanan yang sejemput itu pasti mahal sama seperti di restoran masakan ekslusif barat. Di sini, aku lebih berminat dengan idea mereka dalam melindungi tradisi nenek moyang mereka daripada terhapus hasil daripada peredaran zaman dan perkembangan teknologi. Dari segi positifnya ia boleh menjadi satu tarikan dan produk pelancongan selain memberikan status 'rare' kepada kepulauan Jepun di mata dunia.

Sumber video: http.eater.com

Sunday 4 February 2018

Himpunan Perbendaharaan Kata Bahasa Jepun


Sila rujuk senarai-senarai berikut untuk bantuan menambah perbendaharaan kata bahasa Jepun. Wahana pembelajaran yang digunakan adalah bahasa Melayu Malaysia.
Sumber Gambar:
  • hstrongart, Lovely Japan Travel Poster, Vector, 123RF (online