Thursday 23 February 2017

Sistem Tulisan Bahasa Jepun


Sekiranya anda baru bermula mempelajari bahasa Jepun, mungkin anda pernah terdengar bahawa sebenarnya bahasa Jepun tidak mempunyai sistem tulisan sehinggalah tulisan Cina atau Kanji dibawa masuk ke kepulauan Jepun dari China.

Pada awalnya, orang ramai berkomunikasi secara lisan sahaja di Jepun. Namun, selepas kemasukan tulisan Cina ke sana pada abad ke-5 masihi maka hikayat, ceritera dan puisi bahasa Jepun mula dicatitkan dengan tulisan Cina tersebut. Tidak lama selepas itu, tercetuslah tulisan Hiragana dan Katakana yang dihasilkan dari tulisan Cina. Ketiga-tiga tulisan ini masih digunakan dalam bahasa Jepun sehinggalah ke hari ini.

Rujukan
  • Japanese at Saint Helen, Hiragana (wordpress)
  • Saha Ranita, How did Hiragana and Katakana originate, Japanese Lessons, Sakura Mani, 13 December 2016 (online)
Sumber Gambar:
  • Download Classic Japanese Wave and Ripple Designs: A Go to-Go Guide for Japanese Artists from 1903, Art, Books, Design and History, Open Culture, 18 September 2018 (online)