Memaparkan catatan dengan label bahasa melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa melayu. Papar semua catatan

Ahad, 4 Februari 2018

Hubungan Malaysia dan Jepun


Pembangunan ekonomi Malaysia kini diwarisi daripada tiga tahap sebelumnya, dimulai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan pesat industri sumber asli dari pertengahan abad ke-19 hinggalah ke tahun 1924. Kemudian diikuti dengan turun naik atau ketidakstabilan industri asli antara zaman Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua dan akhir sekali tahap penyatuan dan rasionalisasi industri sumber asli bersama dengan kepelbagaian ekonomi selepas tahun 1945.
Sila rujuk senarai-senarai berikut untuk bantuan menambah perbendaharaan kata bahasa Jepun. Wahana pembelajaran yang digunakan adalah bahasa Melayu Malaysia.
Sumber Gambar:
  • hstrongart, Lovely Japan Travel Poster, Vector, 123RF (online) 

Khamis, 23 Februari 2017

Sistem Tulisan Bahasa Jepun


Sekiranya anda baru bermula mempelajari bahasa Jepun, mungkin anda pernah terdengar bahawa sebenarnya bahasa Jepun tidak mempunyai sistem tulisan sehinggalah tulisan Cina atau Kanji dibawa masuk ke kepulauan Jepun dari China.

Pada awalnya, orang ramai berkomunikasi secara lisan sahaja di Jepun. Namun, selepas kemasukan tulisan Cina ke sana pada abad ke-5 masihi maka hikayat, ceritera dan puisi bahasa Jepun mula dicatitkan dengan tulisan Cina tersebut. Tidak lama selepas itu, tercetuslah tulisan Hiragana dan Katakana yang dihasilkan dari tulisan Cina. Ketiga-tiga tulisan ini masih digunakan dalam bahasa Jepun sehinggalah ke hari ini.

Rujukan
  • Japanese at Saint Helen, Hiragana (wordpress)
  • Saha Ranita, How did Hiragana and Katakana originate, Japanese Lessons, Sakura Mani, 13 December 2016 (online)
Sumber Gambar:
  • Download Classic Japanese Wave and Ripple Designs: A Go to-Go Guide for Japanese Artists from 1903, Art, Books, Design and History, Open Culture, 18 September 2018 (online)