Hubungan Malaysia dengan Jepun

Walaupun Malaysia merupakan bekas tanah jajahan British, namun kepentingan ekonomi Jepun telah menyumbang kepada perubahan dasar luar negara iaitu dari Dasar Pro-Barat semasa zaman penjajahan dan zaman pasca penjajahan menjadi Dasar Pandang Ke Timur semasa pentadbiran Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Hubungan Malaysia dan Jepun sungguh erat terutama sekali semasa Dasar Pandang ke Timur yang diperkenal oleh Mahathir Mohamad. Malaysia turut mengekalkan sistem pemerintahan beraja seperti juga Jepun yang turut mengamalkan sistem raja berperlembagaan. Selain daripada itu, Jepun mempunyai Kedutaan Besar di Kuala Lumpur manakala Malaysia juga mempunyai Kedutaan di Tokyo.

Sekian, terima kasih.