Penduduk di Semenanjung Tanah Melayu menerima inspirasi untuk merdeka selepas melihat dan mengalami sendiri keupayaan Jepun dalam menghentam kuasa imperialis seperti Britain, Perancis, Belanda dan kuasa Eropah lain di Asia Tenggara.
Pemerintahan "Rajah Putih" di Sarawak (1841 - 1941) berakhir dengan kedatangan tentera Jepun pada malam sebelum Krismas pada tahun 1941. Bangunan pentadbiran tentera Jepun telah dibina di Kuching pada tahun 1941. Sebelum itu, Bangunan Pavillion di Kuching dibina oleh Jepun pada tahun 1909. Ia berfungsi sebagai ibu pejabat propaganda Jepun. Ia seterusnya diduduki oleh Jabatan Pendidikan Sarawak selepas Perang Dunia Kedua hingga tahun 1970an dan kemudian diambil alih oleh Jabatan Kehakiman.
Perisik Jepun cekap sekali sehingga Jepun dapat menawan rantau seperti China, Semenanjung Korea, Manchuria, Hawaii dan beberapa rantau di Asia Tenggara dalam tempoh masa dua tahun saja. Seandainya Amerika Syarikat tidak bertindak menggugurkan bom atom di Nagasaki, kemungkinan rantau yang membentuk Malaysia dan Indonesia moden akan merdeka lebih awal lagi. Perisik Jepun bekerjasama dengan tokoh seperti Ibrahim Yaakob dan pemimpin Kesatuan Melayu Muda lain bagi mencapai wawasan mereka. Perisik Jepun berada di Semenyih, Bukit Besi dan lain-lain tempat di Semenanjung Tanah Melayu menyamar sambil menjalankan pelbagai jenis kerjaya yang antaranya seperti peniaga kedai basikal.
Walau bagaimanapun, penduduk di Korea Selatan dan China menganggap bahawa Tokong Yasukuni sebagai simbol kekejaman tentera Jepun di rantau mereka.