Sekitar tahun 2000 aku sebenarnya mendapat pendedahan mengenai bahasa Jepun dari Time Highway Radio (THR). Ada satu slot khas kalau tidak silap dikenali sebagai Subarashi Bangumi yang aku rasa menerima tajaan dari Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.
Pada ketika itu, ibu aku memang berminatlah dengan Jepun ini kerana propaganda Dasar Pandang ke Timur oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat sejak tahun 1990an lagi. Beliau menggalakkan warga Malaysia mencontohi bangsa Jepun yang menurut beliau adalah lebih baik daripada British atau negara Barat lain. Pandangan aku yang selanjutnya mengenai dasar ini boleh didapati di sini.
Yang di atas pula adalah kursus bahasa Jepun yang aku kutip dari merata-rata seperti dari buku rujukan atau dari platform media sosial.
- Sakont Sangkamee via Gary Taxali, Safety Cone, Japanese Pop Art, Japanese Graphic Design, Matchbox Art (Pinterest)