Kursus Bahasa Jepun Duolingo

Aku tidak ingat bila aku sertai kursus bahasa Jepun dengan perisian Duolingo yang dimuat turun dalam telefon pintar. Aku rasa aku telah memuat turunnya semasa COVID-19 melanda dunia. Berikut adalah senarai sukatan mata pelajaran yang ada dalam perisian Duolingo untuk bahasa Jepun.

Ramai sekali orang putih yang mengadu bahawa mereka tidak fasih pun berbahasa seperti kursus yang mereka ambil dalam perisian Duolingo. Duolingo memang mengajarkan bahasa namun ia memberikan tumpuan kepada penambahan kosa kata sahaja. Ia bukan perisian untuk kita memfasihkan diri dalam bahasa yang dipilih. Bagi menambahkan kefasihan, kita masih perlu lagi mendapatkan latihan daripada pelbagai sumber termasuklah dari arkib audio-visual di internet serta buku. Demikianlah pandangan ringkas aku, sekian terima kasih.