Rabu, 17 Jun 2020

Kursus Bahasa Jepun Awal


Sekitar tahun 2000 aku sebenarnya mendapat pendedahan mengenai bahasa Jepun dari Time Highway Radio (THR). Ada satu slot khas kalau tidak silap dikenali sebagai Subarashi Bangumi yang aku rasa menerima tajaan dari Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur.

Pada ketika itu, ibu aku memang berminatlah dengan Jepun ini kerana propaganda Dasar Pandang ke Timur oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat sejak tahun 1990an lagi. Beliau menggalakkan warga Malaysia mencontohi bangsa Jepun yang menurut beliau adalah lebih baik daripada British atau negara Barat lain. Pandangan aku yang selanjutnya mengenai dasar ini boleh didapati di sini.
Yang di atas pula adalah kursus bahasa Jepun yang aku kutip dari merata-rata seperti dari buku rujukan atau dari platform media sosial. 
Sumber Foto
  • Sakont Sangkamee via Gary Taxali, Safety Cone, Japanese Pop Art, Japanese Graphic Design, Matchbox Art (Pinterest

Isnin, 14 Januari 2019

Podcast: Babi Merah Filem Ghibli Kegemaran Saya

Berikut adalah podcast yang boleh digunakan untuk pemahaman bahasa Jepun.

 

Podcast ini boleh juga diakses dari arkib Youtube seperti berikut:
 Selamat mendengar dan melatih pemahaman, terima kasih.

Sabtu, 14 April 2018

Bandar Tama, Tokyo



Tama-shi 多摩市 adalah sebuah pekan yang terletak di sebelah barat kota metropolitan Tokyo. Menjelang 1 Februari 2016, penduduk di situ dianggarkan seramai 147,953 dan kepadatan penduduk bagi setiap satu kilometer persegi adalah seramai 7,040. Keluasan kawasannya adalah 21.01 kilometer persegi (8.11 sq mi).

Sumber video: Tokyo Promotion Project

Sabtu, 7 April 2018

Tradisi Masakan Irori



Irori 囲炉裏, 居炉裏 ini bermaksud pendiang di tengah rumah. Ia digunakan untuk memanaskan rumah dan juga untuk memasak makanan. Biasanya ia adalah satu ruangan segi empat yang dikelilingi oleh batu dan mempunyai satu lubang di lantainya. Di atasnya mempunyai cangkuk periuk yang digelar sebagai 自在鉤 Jizaikagi. Cangkuk besi ini disangkut pada buluh yang boleh dilaraskan untuk menaikkan atau menurunkan periuk atau cerek. Rujuk pada gambar di atas. Rujukan boleh didapati dalam Fahr-Becker, Gabriele (2001) (2000). Ryokan - A Japanese Tradition yang diterbitkan oleh Cologne: Konemann Velagsgesellschaft mbH. 

Restoran yang menggunakan cara masakan begini biasanya menjemput pelanggan mereka masuk dan bukannya pelanggan memilih untuk datang sesuka hati. Rasanya harga makanan yang sejemput itu pasti mahal sama seperti di restoran masakan ekslusif barat. Di sini, aku lebih berminat dengan idea mereka dalam melindungi tradisi nenek moyang mereka daripada terhapus hasil daripada peredaran zaman dan perkembangan teknologi. Dari segi positifnya ia boleh menjadi satu tarikan dan produk pelancongan selain memberikan status 'rare' kepada kepulauan Jepun di mata dunia.

Sumber video: http.eater.com

Ahad, 4 Februari 2018

Himpunan Perbendaharaan Kata Bahasa Jepun


Sila rujuk senarai-senarai berikut untuk bantuan menambah perbendaharaan kata bahasa Jepun. Wahana pembelajaran yang digunakan adalah bahasa Melayu Malaysia.
Sumber Gambar:
  • hstrongart, Lovely Japan Travel Poster, Vector, 123RF (online