先輩 せんぱい


Dalam bahasa Inggeris, istilah ini selalunya diterjemahkan kepada 'upperclassman', namun ia sebenarnya merujuk kepada senior di dalam sesuatu organisasi, tempat kerja, sekolah, kelab sekolah atau sesuatu aktiviti. Maksud senior di sini bukan merujuk kepada umur seseorang. Ia lebih merujuk kepada berapa lama seseorang itu berada dalam sesuatu bidang atau tempat. Senior anda boleh jadi lebih muda daripada anda.
  • よろしくお願いします、影山先輩。Tolong jaga saya, senior Kageyama. Ungkapan ini selalu digunakan apabila seseorang baru masuk ke tempat baru. Mereka akan memohon supaya senior memberi tunjuk ajar dan bantuan kepada mereka melalui ungkapan ini.
  • え? Eh?
  • あ ... よろしくお願いします。Ungkapan yang sama boleh digunakan untuk menjawab ungkapan yang diucapkan.
  • キンチョーしてきた。Saya rasa gelisah sudah ini. Maksudnya, senior tersebut sudah berasa gelisah bimbang terbeban dengan tugasan menjadi senior orang lain.
Tulisan cina untuk キンチョー する adalah 緊張する.